PENGALAMAN KE SUNGAI CHILING KUALA KUBU BAHARU 2020


Assalamualaikum..

Pada 07/03/2020 (sabtu) saya dan keluarga pergi ke Sg. Chiling di Kuala Kubu Baharu.
Kami bertolak dari Banting ke Kuala Kubu Baharu pada jam 0500pagi dan tiba jam 0700pagi.Tiada bayaran masuk waktu kami datang.

Ini kali pertama kami sekeluarga melakukan aktiviti yang paling mencabar 😂.Jadi kami sungguh teruja..hihihi..

Untuk sampai ke air terjun, kami harus tempuh 5 halangan. Kebetulan semasa kami datang baru lepas hujan jadi air sedikit keruh dan arus sedikit deras tapi masih boleh kami tempuh.

Alhamdulillah.. Sampai juga… 

Apa yang menarik di sini, ikan-ikannya semua jinak dan bebas berenang.Air sedikit keruh, tak nampak sangat ikan-ikannya.

Semasa kami tiba di atas hanya terdapat 4 kumpulan sahaja, tapi semakin ramai kumpulan yang datang kami pun bersiap untuk turun dan pulang.

Semasa perjalanan pulang merentas halangan, terserempak dengan sepupu dari banting juga. Diorang baru nak naik.

Alhamdulillah… Selesai aktiviti hari ini..

Aktiviti di Sg. Chiling memang best, sesuai untuk kanak-kanak. Seperti di mana-mana tempat pon, kita perlulah berhati-hati.

Sekian.

Aresha

Ig : aresha_family

Leave a comment